PAC bakal siasat projek sistem tol MLFF — panggil syarikat konsesi, Kementerian Kerja Raya dan LLM

0
2


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memaklumkan pihaknya bakal memulakan siasatan berkaitan sistem tol multi-lane free-flow (MLFF). Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menjelaskan bahawa ahli jawatankuasa itu sebulan suara bersetuju untuk menjalankan prosiding berkaitan pengurusan pelaksanaan MLFF oleh Kementerian Kerja Raya, lapor The Edge.

Jelas Ermieyati, selain meminta pengendali lebuhraya untuk menyediakan perincian berkaitan pelaksanaan sistem tersebut, PAC juga akan memanggil wakil daripada Kementerian Kerja Raya dan juga Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Beliau juga menambah, prosiding berkenaan akan dilakukan di bawah Peraturan Tetap 77(1)(d), Arahan Perbendaharaan 301 Tahun 2023, dan Seksyen III Perkara 11 (b) Pekeliling Am Bilangan 2 (1982), tetapi tidak menyatakan punca yang membawa kepada siasatan terhadap MLFF ini.

PAC bakal siasat projek sistem tol MLFF — panggil syarikat konsesi, Kementerian Kerja Raya dan LLM

MLFF ialah sistem tol tanpa palang yang direncanakan untuk menggantikan sistem kutipan tol berpalang sedia ada. Ia menggunakan sistem radio-frequency identification gadgets (RFID) bersama dengan sistem automated quantity plate recognition (ANPR).

Sebelum ini, pelaksanaannya dijadualkan bermula pada 2025, namun seperti diumumkan pada Mac tahun lalu, ia akan dipercepatkan dengan fasa percubaannya akan dilakukan di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan juga DUKE tak lama selepas itu.

Pada Julai tahun lalu pula, Menter Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata beliau berharap akan mendapat persetujuan lebih cepat daripada syarikat pengendali lebuhraya supaya MLFF ini dapat dilaksanakan pada penghujung 2024. Projek berkenaan menelan kos RM3.46 bilion.

PAC bakal siasat projek sistem tol MLFF — panggil syarikat konsesi, Kementerian Kerja Raya dan LLM

Pada Disember tahun lalu pula, sebanyak 32 syarikat konsesi lebuhraya memprotes langkah kerajaan yang menganugerakan projek MLFF ini secara langsung kepada sebuah syarikat swasta. Konsesi berkenaan mendakwa “perjanjian pelantikan” dengan KJS-SEP Synergy itu, sebuah syarikat berkaitan dengan YTL Company, untuk projek berkenaan telah dilakukan tanpa mengambil pandangan dan maklum balas daripada syarikat konsesi lebuhraya, yang akan menanggung kos itu nanti.

Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) menyatakan telah menghantar surat bantahan kepada Kementerian Kerja Raya, dengan memaklumkan bahawa langkah berkenaan telah melanggar persetujuan berasingan syarikat-syarikat terlibat dengan kerajaan. Konsesi berkenaan menambah yang mereka tidak mahu pihak ketiga yang akan mengutip tol bagi pihak mereka kerana akan berlaku ketirisan dan memberi kesan kepada kutipan tol secara keseluruhannya, terutama kerana syarikat swasta tersebut tidak mempunyai pengalaman dan rekod berkaitan hal tersebut.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here